Don't judge a book by its cover...

Salam, 

Baru empat hari tak jenguk blog, dah rindu.. Biasalah, orang yang suka menulis dan bercerita ini ada sahaja cerita yang ingin dikongsikan.

Tajuk pada malam ini adalah "Don't judge a book by its cover..". Okay, Cik Awan ingin memulakan cerita.

Cik Awan dari dulu sampai sekarang ada sahaja kawan-kawan (I mean not friends but classmates) yang apabila kita memberitahu impian kita, mereka mula memandang rendah terhadap kita. Cik Awan pasti ada antara anda pembaca di luar sana pernah menghadapi perkara ini. Well, ini nasihat Cik Awan yang saya dapat daripada guru kaunseling kesayangan Awan pada suatu ketika dahulu. 

Okay, Cik Awan rasa semua manusia telah dianugerahkan dengan bakat dan kekuatan masing-masing yang Tuhan hadiahkan. Oleh itu, jika anda memang berminat sesuatu sepenuh-penuhnya, nasihat saya, teruskan berusaha kerana ini salah satu penunjuk Tuhan berikan kepada kita. Walaupun orang herdik atau pandang rendah sesekali pun, biarkan sahaja. Mereka hanya dengki melihat kejayaan dan bakat semula jadi kita. Sebagai contoh, anda minat menari tetapi rakan-rakan anda mengejek dan memandang rendah terhadap anda. Namun, anda meneruskan juga perjuangan anda. Akhirnya, anda berjaya menjadi penari dan memilik ijazah sarjana muda dalam bidang tarian. Anda juga menjadi pendidik professional dalam bidang tarian dan rakan-rakan anda yang pernah suatu ketika dahulu mengejek anda kini menyanjungi anda.

Begitulah cerita yang Cik Awan kongsikan. Ingatlah, hanya kita sendiri sahaja mengetahui bakat kita. 

~ Usaha, doa, tawakal ~

Itulah mutiara kata yang saya ingin kongsikan kepada anda yang berusaha ke menara puncak dalam bidang yang diminati.

Itu sahaja Cik Awan dapat kongsikan kepada anda pembaca semua. Sekian.

Salam malam,
Cik Awan.

Comments

Popular Posts